Thursday, 7 June 2012
Tidakku Sedari~
tik tok, tik tok bunyi jam bergerak. Masa berlalu melintasi drama lakonan manusia. Tanpa disedari umr semakin tua, jangka hayat semakin pendek. Kini sudah masuk bulan terakhir aku di pusat Giatmara Ipoh Barat ini. Terasa bosan bila cikgu2 sibuk dgn kerja masing2 dan membiarkan anak2 didik di dlm bengkel. Namun aku sedar dan paham yang mereka sibuk dengan hal masing, tmbah2 lg dengan hal kemasukan pelatih sesi julai -disember. Namun perasaan sedih juga mula menular dalam jiwa kecilku ini. Terfikir akan masa depanku selepas ini. Juga masa depan rakan2 yg dikasihi yang bakal mengharungi jalan2 berliku di luar sana. Sedih untuk meninggalkan mereka, sedih untuk tinggalkan gelak-tawa mereka, sedih memikirkan mereka, sedih melihat wajah2 mereka yg mungkin tak akan dilihat lagi. Namun semua ini telah kujangka akan berlaku. Aku tak mampu untuk menahan mereka untuk sentiasa bersamaku, mengharungi hidup ini bersama, suka bersama, sedih bersama. Aku juga perasan yg makin lama makin senyap bengkel ini. Mungkin mereka sedar yang mereka akan tinggalkan persinggahan sementara ini. Aku hanay boleh berharap dan berdoa agar kalian berjaya dimasa hadapan dan membanggakan sahabatmu ini. GOOD LUCK~ LOVE UOLS~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment